Good evening all (based on SG time when I compose this). This post will be in Malay.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Tanggal 24 Jamadilakhir 1443H bersamaan Rabu, 26 Januari 2022M membawa saya ke satu ruangan untuk sekadar berkongsi bersama.
Rupa-rupanya tanpa disedari, pada tarikh yang sama ini, lebih tepat lagi pada 26 Januari 1992, telah termeterai satu perjanjian untuk tidak dibangkitkan semula isu Pedra Branca milik Singapura, atau lebih dikenali sebagai Pulau Batu Putih di Malaysia. Di sini, akan saya lampirkan gambar bukti melalui Hari Ini Dalam Sejarah (HIDS) terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Tiga gambar di atas ini membuktikan Pedra Branca mula dipertikaikan pada tahun 1979 bilamana pihak negeri Johor mula meletakkan Pulau Batu Putih ini milik mereka.
Secara dasar, pulau ini telah ditadbir oleh pihak British pada seawal 1824, dan memutuskan untuk membina sebuah rumah api dua tiga dekad kemudian.
Selepas Perang Dunia Kedua, negeri-negeri selat, yakni Singapura telah mengambil alih tugas penyelenggaraan rumah api tersebut sekaligus, meneruskan kedaulatan maritim tersebut.
Ulasan
Catat Ulasan